Jumaat, Disember 19, 2008

teratak kayangan

semalam aku beresempatan menonton kisah pembinaan KLCC buat sekian kalinya .aku merasa sangat berbangga berbaur terpegun gara2 menontot satu projek mega yang kini terkenal seluruh dunia.mungkin org di jepun,amerika,german,autralia,mesir,england dan dari seantero dunia mungkin telah menaiki dan menatapi kegemilangan binaan kebanggaan rakyat Malaysia ini.tetapi aku,masih belom beresempatan.dari dulu lagi aku minat akan bangunan(tidak salahlah aku ambik course civil engineer,tapi sebenarnya aku lebih meminati arkitek).di internet pun laman web yang acapkali aku layari adalah web yang berkaitan bangunan lebih2 lagi 'skycrapers'.

keluar topik sekejap

ingat dulu masa sekolah menegah cikgu EST aku namanya Pn Sapura.Satu hari aku dan rakan2 sekelasku khusyuk mendengar tentang penjelasan cikguku berkaitan skycrapers. Pada detik itu,aku bersungguh2 mendengar dan rasa minat timbul dalam diriku.aku pun tidak tahu mengapa.mungkin aku suka akan senibina2.tidak kira seibina apapun.

masuk kedalam topic kembali

KLCC merupakan cetusan ilham Tun Dr. Mahathir. Masa aku tonton semalam ingat lagi tujuan utama pembinaan KLCC.tidak bolehku bayangkan betapa bijaknya Tun.Beliau berjaya mencari satu resolusi untuk menaikkan Malaysia di persada dunia.Bagunan tertinggi pada waktu itu ialah Sears Tower yang terletak di Amerika.Pada waktu itu,seantero dunia memfokus negara kecil yang sangat tidak dikenali bernama Malaysia.Bayangkan Malaysia berjaya merebut tittle World Tallest Building dari kuasa besar dunia Amerika yang dipegang berdekat-deat.secara literalnya
Malaysia berjaya mengalahkan satu kuasa besar dunia yang berjaya dari segala segi.

mungkin ada yang beranggapan,apa adanya dengan bagunan tinggi mencecah kelangit.
sebenarnya di sebalik pecakar langit itu kita telah berjaya menarik minat dan meyakinkan pelabur dari dalam dan luar negara.sebelum terbinanya KLCC pelabur2 masih belum yakin akan masa depan Malaysia.kiranya KLCC adalah branding terbaru Malaysia pada ketika itu dan kehadapannya.Branding merupakan sesuatu yang sangat penting.tanpa brading kita tidak dikenali.terima kasih sekali lagi kepada TUN kerana idea yang begitu bernas ini.

walaupun sekarang KLCC bukan lagi TALLEST BUILDING,tapi lipatan sejarah ada mecatatkan bahawa KLCC lah yang menidakkan dan melenyapkan rekod yang dipegang berdekat2 oleh kediaman rasmi TALLEST BUILDING di Amerika.mengalahkan satu kuasa besar dunia merupakan satu publisiti dunia yang tidak perlu diiklankan dan secara tidak langsung telah mempromosikan Malaysia di mata Dunia.Sekarang tanyalah Malaysia mesti org tau tapi kalau tanya 15 tahun dulu mungkin orang menggaru2 kepala kot.itulah dia penangan dan kehebatan tamparan KLCC.

teringat lagi semasa aku melancong ke Mesir,Saudi Arabia,Beijing dan banyak lagi tempat, kebanyakan org tidak begitu ada masalah bilamana aku katakan aku dari Malaysia.itu menunjukkan bukti yang Malaysia sudah terkenal.Ada juga aku berchatting kt YM dengan org luar,aku katakan aku dari Malaysia.dia orang terus tahu tanpa berbanyak soalan.dan aku bertanya mereka apa yang dia orang tau tentang Malaysia dengan pantas dorang cakap KLCC dan TUN Dr. Mahathir .Tidak salahlah 2 produk ni adalah kebanggaan kita(kalau tidak, kau carilah sendiri kebangaan anda sekalian)

KLCC....aku bangga dengan kehadiranmu di bumi Malaysia yang kucintai ini(bermadah la pulak) harapan aku suatu hari nanti aku bisa menaiki dan merentasi jejambat langit di tengah2 nya..
Same2 lah kita cipta banyak branding untuk Malaysia.contohya perpaduan antara kita yang kebanyakkan negara tidak memilikinya(dalam hatiku berkata : dalam perhatianku perpaduan kita semakin tergugat).kita mesti pertahankan branding kita ini.kerana bagi aku branding itu perkara pokok untuk berjaya.contohya kita buka bisnes,perkara pertama dalam kotak strategi kita adalah pemasaran@ penjualan produk,betul tak.jadi,branding adalah ibarat akar sesuatu strategi. (kalau tidak stuju dengan pendapatku ini silalah komen nnti kita boleh bertukar pendapat)

sampai sini sajalah nukilanku kali ini untuk tertatak ilhamku ini...ini lah teratak kayangan yang ku katakan ....

Tiada ulasan: