Isnin, Februari 02, 2009

Kewajiban Umat Terhadap Isu Palestin

1. Memahami masalah
sebagai umat Islam yang mengaku bertauhidkan ALLAH Yang Maha Esa,maka menjadi kewajiban bagi kita untuk megetahui pemasalahan yang berlaku di Palestin sudah berpuluh tahun dalam jajahan zionis-israel.Justeru,kita perlu megetahui sejarah Palestin dari dahulu lagi sehiggalah ke hari ini.

2. Memahamkannya kepada org lain
setelah kita megetahui pemasalahan mengenai Palestin,adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikannya kepada orang lain, terutama kepada kaum muslimin, walaupun sedikit.Dengan yang demikian,kita telah menyedarkan umat Islam tentang peri pentignya kita sebagai umat Muhammad memelihara AL-QUDS dan sekitarnya daripada cengkaman musuh Lakatullah.

3. Berjihad dengan harta
sekalipun kita tidak memiliki kekuatan dan kesediaan fizikal dan mental untuk menghadapi rejim zionisdan membantu rakyat Palestin,mungki berpada untuk kita menghulurkan bantuan dari segi harta dan wang ringgit yang kita miliki ke tabung-tabung bantuan yang diyakini ianya akan disalurkan kepada pihak yang berkenaan.

4.Berjihad dengan jiwa
bagi kita di Malaysia,latihan fizikal atau bersifat keteteaan sekalipun belum cukup untuk kita menghadapi tentera musuh ALLAH.Apa yang perlu dibina terlebih dahulu adalah tarbiyah diri dengan meyakini dengan sebenar-benar iman dan taqwa kepada ALLAH,baru kemudiannya kita mampu untuk mempersiapkan diri,bukan sahaja dari aspek ketenteraan malah dari sudut kepakaran,teknologi,ekoomi dan sebagaiya.

5.Berdoa
ia merupakan senjata bagi orang-orang mukmin.dan ia merupakan taggungjawab yang paling mudah untuk dilaksanakan.Maka,sama-samalah kita mendoakan saudara Muslim kita disana

P/sa: adapted by Masjid UNIMAS