Isnin, Disember 08, 2008

salam aidiladha

selamat hari raya Aidiladha aku ucapkan kepada sekalian umat ISLAM seluruh dunia . marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar . paling tidak pun dari kurang baik kepada lebih baik ..insyaALLAH dengan usaha pasti berjaya ...

teringat aku kepada kunjunganku ke Baitullah kira-kira 3 tahun lepas ..rasa rindu kepada Ka'bah terasa lagi tatkala melihat sebahagian umat ISLAM yang berada di Makkah kini bagi menunaikan ibadah haji ...

memori disana tidak akan pernahku lupa..rasa tenang dan damai sedalam-dalamnya .. minum air zam-zam tanpa rasa puas,berkenalan dengan umat ISLAM dari negara lain,mengucup qiswah,tawaf dan banyak lagi kenangan manis ketika aku berada disana .Aku sentiasa berdoa supaya ALLAH menjemputku kerumahNYA ..sesungguhnya aku amat merindui kunjungan kesana ..

Aku berdoa supaya sekalian umat ISLAM sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T .akhir kata
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ..

Tiada ulasan: