Sabtu, November 21, 2009

Lambaian Haji

Assalamualaikum ...

Malam tadi aku menghantar mak dan ayah aku ke kelana jaya di kompleks tabung haji. mereka berdua begitu betuah telah dijemput oleh ALLAH untuk menjadi tetamuNya pada tahun ini.ALHAMDULLILAH.perasaan sedih dan gembira brcampur baur dengan keberangkatan 2 insan yang paling aku sayang ini.waktu di rumah lagi aku telah menitiskan air mata tatkala azan dilaungkan,sungguh syahdu..jiran tetangga,sahabat handai serta sanak saudara memenuhi ruang rumah aku.sungguh syahdu.

walaupun ini ayah dan mak sudah ke umrah tetapi perasaan kali ini sangat berbeza..tatkala mak menyerahkan surat wasiat kepada ibu saudara bertambah berjurai2 air mata aku...tak boleh aku bayangkan.

setiba di kelana jaya kami bersama menyiapkan segala kelengkapan mak dan ayah supaya tidak ada barang yang tinggal.mereka akan pergi meniggalkan kami untuk tempoh 40hari.cuti kali agak berbezala bg aku kerana ketiadaan dua org tuaku.agak sunyila jugak tapi aku merelakan kerana mereka pergi kerana tuntutan agama.

aku hanya mampu berdoa supaya ALLAH mempermudahkan segala urusan,perjalan dan diberi sepenuh kesihatan bagi mereka supaya mereka boleh menunaikan fardhu haji dengan sempurna dan semoga mereka berdua mendapat haji yang mabrur.

insyALLAH aku pun akan mengikut jejak langkah mak dan ayah untuk menunaikan fardhu haji..semoga ALLAH memberikan kesempatan kepada aku sebelum aku menutup mata..

Jumaat, November 13, 2009

mencabar dan cabaran

salam kembali kepada semua ...
hari isnin ni tibalah paper yg bg aku paling mencabar untuk sem ini iaitu paper Reniforcement Concrete Design(RC design)..dengan carry mark yang tak seberapa,aku perlu berusaha triple dari biasa. aku selalu berpegang dengan konsep

cuba sehabis2 baik dan lepas tu tawakal,kerana bila kita dah sehabis baik berusaha walaupun kita tak dapat kita akan puas,tapi kalau kita langsung tidak berusaha kita telah menempah kegagalan

teringat kira-kira 2 jumaat yang lepas sewaktu aku menunggu bas untuk solat jumaat aku ditumpangkan dengan tim.dekan aku DR IBRAHIM untuk ke Masjid.hari yang bertuah buatku, tidak perlulah aku berasak-asak naik bas yang selalunya dipenuhi kaum hawa. Agak pelik kadang2 time budak muslimin nak pergi masjidlah dorang beramai-ramai nak guna bas jugak(tidak mahu bersangka buruk,may b kebetulan kot)..

masuk topic balik, dalam perjalan yang mengambil masa lebih kurang 5minit sempat Dr Ibrahim bertanyakan aku mcm mana study,aku sambut dengan penuh riang pertanyaan yang ku anggap seperti seorang ayah kepada anaknya, aku menjawab oklah Dr tapi ade certain subjek yang susahla..

dia pun senyum dan menjawab, jangan la ckp susah, anggap subjek yang susah tu sebagai mencabar saja.cuba tackle cabaran itu.aku menganguk faham dan sempat dia megusik aku, sedang nak tackle perempuan pun mencabar inikan pula Ilmu. aku tersenyum2 sahaja ..dan Dr menambah, kalau dapat perempuan yang senang dan tak mencabar tu pikir banyak2 kali tau ..aku pun berfikir apakah maksud Dr tadi..lalu aku senyum sambil terangguk2 menandakan faham ..

dunia realiti pun begitu, bukan senang nak jadi senang tetapi tidak susah untuk menjadi susah..anggap segalanya sebagai cabaran dan usaha sehabis baik then tawakal dan brserah kepada ALLAH, Insyallah ada ruang dan peluang kalau kita yakin kepadaNya ..terimA kasih kerana membaca dan ziarah ke entry ini ...ASSALAMUALAIKUM