Khamis, Disember 31, 2009

selamat tinggal 2009 slamat dtg 2010

trasa cepat mase blalu ..pejam2 celik 2009 akan pergi tinggalkan kite ...dengan ini aku mendoakan kesejahteraan dan keamanan kpd negara tercinta MALAYSIA. kepada semua, ayahbonda adikberadik sahabathaidai musliminmuslimat akan sentiasa dilindungi ALLAH ..harap dgn tahun baru ini kite smua akan mencapai ape jua bende yg kita hajati ..insyaALLAH.

teruskan tekad tinggkatkan usaha.bykkan berdoa

selamat tinggal 2009 slamat dtg 2010

Ahad, Disember 27, 2009

kebaratan keikutan kekristianan

Assalamualaikum kpd sahabat2 semua ...
dah lama tak singgah menulis entry.mungkin tak ade mood @ kekurangan idea al-maklumlah saya ni bukannya mmpunyai ilmu yg luas untuk dikongsi tp sebagai seorg mulim rase terpggl plak dengan senario yg baru2 ni semakin menular dalam budaya kita .

tggl 24hb disember aritu ak ade post kt facebook ak, ak wish merry crismas kpd kawan2 kristian ak.dgn kekurngan ilmu ak ni ak pon anggap just wish biase2 mcm hari raya tanpa maksud ape.namun ak tersentak dgn peringtan shabat ak dia post berkta wish mery cristmas tu haram ..ak bkn mmpersoalkan tp ak bertny lalu dia explain la ..dia ckp kita wish tu seakan kita mengiyakan hari natal itu ..maknanya kita sama meraikan.ak pon brfikir balik, walapun x da niat sampai ke situ tp ak fikir ade betulnya secara dalam ak berfikir,dengan serta merta ak delete post ak dan ak selamat hari cuti or happy holiday ...

untk memanjangkan ceritanya,ade la 1 hamba ALLAH ni cuba mempersoalkan teguran kawan ak tadi tntg isu wish ni.dia ckp dia x sure dia ckp x salah.n dia siap ingtkan supaya tidak membincangkan isu ini tkt non-muslim terbace n kate kite agama yg mencari musuh ..ak yg pada mulanya dasar berkecuali,al-maklumla ak ni x la pndai nak berhujah isu2 agama2 ni lalu ak bingkis menegakkan sesuatu yg bagi aku perlu ..lalu ak dgn ayat yg agak tegas ak ckp ..cari mushuh??? ko ni btol ke x ..kita bncg isu agama, knp mesti takut non-muslim kecik ati, bkkkah kita sesama muslim perlu ingt menigti ..kalu msg2 wat hal msg2 ini lah yg akan merosakkan kualiti muslim kita ..1 cnth yg muslim kita terikut2 ..

kebaratan kita dengan cube mengikut2 perayaan ini...wlupun pnddk kristian x ramai di malaysia tp sambutannya segah Hari raya.dengan dekorasi di mall2 sejak sebulan sebelum kedtgngan krismas ..kita kebaratan dan terikut2 ..yg lebih teruk tidak setakat wish tp ade plak yg bg present..x kurg juga cuba menghayati dogeng santa claus..kononya nak tidur malam n wish tmrw can get what thay dream last nite ,,ish karut marut betol smua ni..rase geram pon ade...mgkn ni bende kecil n mgkn x perlu dihiraukan tp ini melibatkan isu perayaan agama bukan perayaan bangsa ...

kita perlu sensitif isu2 ni ..wlpn remeh takut nti kita terlalu terikut2 ...dah la anak muda muslim kita makin tersesat jauh ...minum arak dah mcm minum coke @ mgkn macam minum teh tarik ..berzina lagilah parah ...muslim yang nak murtad bukan main hebatnya ..ini krana bkn dorg tertarik dgn keindahan bibble @ keunggulan jesus crist tp tertariknya dgn agama dorg yg mane penganutnya bebas berzina dan minum arak walapn agamanya melarang tp dengan konsep dosa akan ditawarkan keampunan ..mudah bukan konsepnya buat dosa,tp dosa telah ditangguh,dgn sng kata telah diberekan dgn salibnya jesus crist..mungkin dgn sekecil2 perbuatan wish merry krismas seorg muslim itu akn tertarik untuk menjadi seorg kristian ..kekristianan ..

p.s harap sahabat2 beringat2 sesama Muslim kita kerana itu yg akan menguatkan kita,konsep jaga tepi kain skrg amat perlu diimplementkan kerana semua bersaudara.x kan kita mahu melihat saudara kita kecundang dengan Kebaratan,Keikutan,Kekristinan..
Waallahua'lam .

Sabtu, November 21, 2009

Lambaian Haji

Assalamualaikum ...

Malam tadi aku menghantar mak dan ayah aku ke kelana jaya di kompleks tabung haji. mereka berdua begitu betuah telah dijemput oleh ALLAH untuk menjadi tetamuNya pada tahun ini.ALHAMDULLILAH.perasaan sedih dan gembira brcampur baur dengan keberangkatan 2 insan yang paling aku sayang ini.waktu di rumah lagi aku telah menitiskan air mata tatkala azan dilaungkan,sungguh syahdu..jiran tetangga,sahabat handai serta sanak saudara memenuhi ruang rumah aku.sungguh syahdu.

walaupun ini ayah dan mak sudah ke umrah tetapi perasaan kali ini sangat berbeza..tatkala mak menyerahkan surat wasiat kepada ibu saudara bertambah berjurai2 air mata aku...tak boleh aku bayangkan.

setiba di kelana jaya kami bersama menyiapkan segala kelengkapan mak dan ayah supaya tidak ada barang yang tinggal.mereka akan pergi meniggalkan kami untuk tempoh 40hari.cuti kali agak berbezala bg aku kerana ketiadaan dua org tuaku.agak sunyila jugak tapi aku merelakan kerana mereka pergi kerana tuntutan agama.

aku hanya mampu berdoa supaya ALLAH mempermudahkan segala urusan,perjalan dan diberi sepenuh kesihatan bagi mereka supaya mereka boleh menunaikan fardhu haji dengan sempurna dan semoga mereka berdua mendapat haji yang mabrur.

insyALLAH aku pun akan mengikut jejak langkah mak dan ayah untuk menunaikan fardhu haji..semoga ALLAH memberikan kesempatan kepada aku sebelum aku menutup mata..

Jumaat, November 13, 2009

mencabar dan cabaran

salam kembali kepada semua ...
hari isnin ni tibalah paper yg bg aku paling mencabar untuk sem ini iaitu paper Reniforcement Concrete Design(RC design)..dengan carry mark yang tak seberapa,aku perlu berusaha triple dari biasa. aku selalu berpegang dengan konsep

cuba sehabis2 baik dan lepas tu tawakal,kerana bila kita dah sehabis baik berusaha walaupun kita tak dapat kita akan puas,tapi kalau kita langsung tidak berusaha kita telah menempah kegagalan

teringat kira-kira 2 jumaat yang lepas sewaktu aku menunggu bas untuk solat jumaat aku ditumpangkan dengan tim.dekan aku DR IBRAHIM untuk ke Masjid.hari yang bertuah buatku, tidak perlulah aku berasak-asak naik bas yang selalunya dipenuhi kaum hawa. Agak pelik kadang2 time budak muslimin nak pergi masjidlah dorang beramai-ramai nak guna bas jugak(tidak mahu bersangka buruk,may b kebetulan kot)..

masuk topic balik, dalam perjalan yang mengambil masa lebih kurang 5minit sempat Dr Ibrahim bertanyakan aku mcm mana study,aku sambut dengan penuh riang pertanyaan yang ku anggap seperti seorang ayah kepada anaknya, aku menjawab oklah Dr tapi ade certain subjek yang susahla..

dia pun senyum dan menjawab, jangan la ckp susah, anggap subjek yang susah tu sebagai mencabar saja.cuba tackle cabaran itu.aku menganguk faham dan sempat dia megusik aku, sedang nak tackle perempuan pun mencabar inikan pula Ilmu. aku tersenyum2 sahaja ..dan Dr menambah, kalau dapat perempuan yang senang dan tak mencabar tu pikir banyak2 kali tau ..aku pun berfikir apakah maksud Dr tadi..lalu aku senyum sambil terangguk2 menandakan faham ..

dunia realiti pun begitu, bukan senang nak jadi senang tetapi tidak susah untuk menjadi susah..anggap segalanya sebagai cabaran dan usaha sehabis baik then tawakal dan brserah kepada ALLAH, Insyallah ada ruang dan peluang kalau kita yakin kepadaNya ..terimA kasih kerana membaca dan ziarah ke entry ini ...ASSALAMUALAIKUM

Jumaat, Oktober 30, 2009

english version

Assalamualaikum ...

this is the first time i write my entry in english. At first i am quite nervous to write in this entry due to my poor grammar but i would like to give a try. May be some of u might think that my writing just like secondary school and even worst primary school, its ok i do realise it and try to improve in my future entry, InsyALLAH.this is my practice to improve my skill in writing and as preparation for my FYP (final year project) next year..i hope it could help me ...

i just wonder why, since i am kindergarden i've learn english and after 16 years i think my english just in ok status. i had took mandarin languange past 2 semester, and i think mandarin is much easier compare to english..just only less than 5 month i can understand few basic word ..compared to english, if i have 16 years to learn mandarin,surely there no different between me and my chineese friends.

english is very important as international language. in this era whether u like it or not u have to master this language.there been argued about this matter around our country but for me PPSMI should be proceed as before.this the way how we can compete with global.

i think is enough for this entry. any inconvenience, please do comment ya ..surely there a lot of grammar error but i'll try my best..mission accomplished.. :)

Isnin, Oktober 26, 2009

ilmu vs peperiksaan(imtihan)

Assalamualaikum ..

entri kali ini suka ingin aku kongsikan Ilmu yg aku dapat sebentar tadi, dalam sesi ceramah di Masjid Unimas yg bertajuk Ilmu vs Imtihan ..Ustaz yg memberikan ceramah cukup energetic sehinggakan aku menumpu sepenuh perhatian kepada ilmu yang disampaikan tadi..

Beliau yang berlajar di Indonesia masih tidak hilang longhatnya, sungguh sedap didengar setiap falsafah2 baru aku dengar ..beliau berkata yang ilmu itu adalah harta yang paling bernilai didunia ini ..ilmu adalah sesuatu yang dimiliki dengan usaha dan ikhlas tetapi untuk mengesahan dan keberkesan itu melalui imtihan ..tp bagi ustaz tadi ilmu itu perlu disimpan diminda, disyariatkan didalam hati dan dipraktikan dgn amalan ...

disini terdapat beberapa ungkapan yang menarik sempat aku ingatkan ;

org yang berilmu yang beramal adalah lebih dari ahli ibadat yang tidak berilmu , dan ALLAH mengangkat darjat yang tiggi bagi org yang menunutut ilmu

kita sepatutnya menjadi org yang diakui daripada mengaku diri ...

manusia ada 3 golongan
1) org yang kedatangannya dinanti-nanti, dan pemergiannya diratapi
2) org yang kedatangannya dan kepulangannya tidak perkatakan
3) org yang kedatangannya tidak disenangi dan pemergiannya dihina ...

kita jangan membesarkan org besar tapi membesarkan program yang besar ..

jangan mengakui diri saja yang benar tapi carilah kebenaran ...

gunakan ilmu untuk mentauhidkan ALLAH bukan mggunakan Ilmu untuk mensyirikkan ALLAH ....

InsyALLAH harap entri kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat ...

Khamis, Oktober 22, 2009

dalam mengejar cita bertemu cinta

Assalamualaikum ...

pertamanya selepas hampir 8 bulan meninggalkan blog ini aku terpanggil untuk kembali mencoretkan nukilan yang dulunya pernah membuat aku gairah ...biasalah manusia selepas apa yang dikecapinya lalu mudah melupakanya ...aku minta maaf atas kekosongan entry ini ...

malam tadi aku berkesempatan menghadiri ceramah di DK CTF,UNIMAS ...tajuknya agak menarik dan berjaya menarik aku untuk menghadirkan diri iaitu " dalam mengejar cita bertemu cinta "

panel-panel yg hadir tidak kurang hebatnya iaitu seorang pelajar Masters yg sudah berkahwin pada tahun ke2 semasa mengambil degree,seorg ustaz sekolah rendah dan seorang socialist yang cukup kaya dengan pengalaman. banyak sunnguh aku yang ak pelajari malam tadi dan ingin aku kongsikan bersama ..

cinta dan cita adala perkara yang amat berbeda tetapi ia perlu seiring untuk mendapatkan kedua2nya ...dalam mencari ilmu kita perlu tahu apa tujuan kita untuk menimba ilmu ...kita mencari ilmu adalah untuk lebih mengenal sang pencipta kita iaitu ALLAH ..iaitu cinta SUPREME bak kata salah seorg ahli panel ..sedang untuk mengenal manusia pun kita perlu ilmu inikan pula mengenal Tuhan Yang Maha Agung ...

satu patah rangkap tentang cinta yang suka saya kongsikan bersama diambil oleh ahli panel dipetik dari sebuah buku berbunyi

cinta itu ibarat sesuatu dalam bungkusan,ia ada tetapi tidak dapat dilihat,dalam sudut agama pula ia adalah bersifat malu-malu


lg satu ucapan yang suka aku sampaikan

kenapa kita suka buat larangan ALLAH sedangkan banyak benda yang ALLAH tak larang kita tak nak buat


secara konklusinya cinta dan cita boleh seiringan tetapi ia perlu disulami dengan batasan syariat..

Isnin, Februari 02, 2009

Kewajiban Umat Terhadap Isu Palestin

1. Memahami masalah
sebagai umat Islam yang mengaku bertauhidkan ALLAH Yang Maha Esa,maka menjadi kewajiban bagi kita untuk megetahui pemasalahan yang berlaku di Palestin sudah berpuluh tahun dalam jajahan zionis-israel.Justeru,kita perlu megetahui sejarah Palestin dari dahulu lagi sehiggalah ke hari ini.

2. Memahamkannya kepada org lain
setelah kita megetahui pemasalahan mengenai Palestin,adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikannya kepada orang lain, terutama kepada kaum muslimin, walaupun sedikit.Dengan yang demikian,kita telah menyedarkan umat Islam tentang peri pentignya kita sebagai umat Muhammad memelihara AL-QUDS dan sekitarnya daripada cengkaman musuh Lakatullah.

3. Berjihad dengan harta
sekalipun kita tidak memiliki kekuatan dan kesediaan fizikal dan mental untuk menghadapi rejim zionisdan membantu rakyat Palestin,mungki berpada untuk kita menghulurkan bantuan dari segi harta dan wang ringgit yang kita miliki ke tabung-tabung bantuan yang diyakini ianya akan disalurkan kepada pihak yang berkenaan.

4.Berjihad dengan jiwa
bagi kita di Malaysia,latihan fizikal atau bersifat keteteaan sekalipun belum cukup untuk kita menghadapi tentera musuh ALLAH.Apa yang perlu dibina terlebih dahulu adalah tarbiyah diri dengan meyakini dengan sebenar-benar iman dan taqwa kepada ALLAH,baru kemudiannya kita mampu untuk mempersiapkan diri,bukan sahaja dari aspek ketenteraan malah dari sudut kepakaran,teknologi,ekoomi dan sebagaiya.

5.Berdoa
ia merupakan senjata bagi orang-orang mukmin.dan ia merupakan taggungjawab yang paling mudah untuk dilaksanakan.Maka,sama-samalah kita mendoakan saudara Muslim kita disana

P/sa: adapted by Masjid UNIMAS

Jumaat, Januari 09, 2009

ISRAEL LAKNATULLAH

pertama2 aku nk pengunjung entri ni sama sedekahkan AL-FATIHAH sebentar kepada saudara kita di Gaza yg syahid ...semoga tempat mreka disisi org beriman ...

tgk newspaper n internet lately,x da brita lain.pasal keganasan syaitan yg bertopengkan manusia yg sdh hilang perasaan norma manusia.mereka seolah2 sedang bermain game untuk membunuh makin ramai dan semakin ramai umat ISLAM ..kenapa mereka begitu kejam ??

dimana umat ISLAM 1.2 bilion, x kan kita nk wat bodo jer.aku sedar yg ak bole type je benda ni kat sini tp ak sentiasa berfikir ap yg kita bole wat.. mana negara2 arab yg kaya raye 2 ..x kan dok diam jer negara n saudara sendiri di serang.. yg plg pelik bin hairan mane pengebom2 berani mati tu .. x nk tempah tiket ke syurga ke .. bukankah ini jihad yg sebenar ..anto 10000 pon ckp tuk serang zionis tu kot ..tp benar ckp mmg senang tp nk wat ssh .. ak sgt tersentuh dgn khutbah jumaat td ...

imam ckp yg setiap titis darah kita biarlah bermakna dan setiap udara disedut mesti ada pulangnnya kepada ALLAH ...

aku sedar yg most of us x bole wat ape2.. mari kita wat solat hajat,x pon menadah tgn berdoa untuk saudara kita.. x lupa juga derma untuk mereka .. yg syahid tetap syahid tp yg tggl ad yg cedera dan masih perlu meneruskan hidup dan mereka perlukan danar dr umat dunia ...

semoga ALLAH sentiasa bersama kita dan Baitulmaqdis perlu dperthnkan ... ALLAHU AKBAR ....

Khamis, Januari 01, 2009

azam , goal , matlamat

setiap tahun mesti seseorg tu pasang niat @ azam @ harapan untuk di capai ..macam aku juga mempunyai seribu satu impian dan kalau bisa aku harap impian aku terlaksana ...

1)harapan supaya mak ayah serta family dan x lupa kawan2 supaya sentiasa dalam sihat sejahtera dan sama2 teruskan hidup untuk mecapai impian yang diimpikan.

2)tingktkan ibadah ( klu bole nk kurgkan tgglkan solat )

3)tingktkan pointer ( klau bole 3 above always n klu dpt dean list )

4)banyakkan ilmu lagi dan tanamkan supaya minat membaca

5)dan banyak lagi

p/s : mungkin entri akan kosong bcos ak nak balik U dah ..mana ar tau kot2 sebok ker ..apapun minx maaf byk2 klau ader sebarang kesilapan sepanjang nukilan aku ...