Isnin, Disember 01, 2008

selamat tggl 1 slamat dtg 2

pejam celik pejam celik umo aku dah masuk 20 tahun ..aku x tahu ape aku dah buat dalam hidup ini .aku bertanya diriku .....

adakah amalan aku sudah cukup??

aku mengeleng2 kepala .ibadah wajib kadang2 ade aje ak tgglkan..samada kerana sengaja @ pon tidak .tetapi yang penting ape pon alasannya sekirenya ak dicabutkan nyawa hari ini aku belom siap untuk berhadapan dengan penciptaku kerana bagi aku amalan ak belom setimpal dengan umur apatah lagi nikmat yang melimpah ruah yang ALLAH berikan .. Astagfirullahalazim... leka n lena ak asyik dibuai dunia yang indah tetapi tidak kekal ini ...dan ak bertanya lagi diriku..

sudahkah aku membalas jasa ibubapaku ??

ak mengeleng2 kepala buat kali kedua..bukan stakat balas jasa ..sesuap nasi pon ak belum mampu untuk aku suapkan untuk kedua ibu bapaku ..ya ALLAH ..aku tahu walaupun diberi segunung emas pon tidak dapat aku bayar jasa kedua orang tuaku ....
..yang aku boleh buat pada detik ini dan seterusnya ialah doa yng tidak putus2 kepada mereka berdua .... lalu ak bertanyakan diriku lagi ...

sudahkah aku lunaskan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar??

aku berfikir sejenak ..ak toleh kembali perjalan aku sebagai seorang pejuang di medan ilmu ...aku namakan pejuang ilmu tetapi setelah ak renung dengan penuh insaf aku sebenarnya seorang pejuang yang amat lemah ..sentiasa ambil mudah ..dan tidak komited terhadap ilmu ..mungkin boleh dikatakan dalam perjuanganku ini ibarat seorang pelakon yang berlakon dengan sehabis baik untuk mendapat bayaran bukannya seorang pelakon yang mahu berlakon sehabis baik supaya jadi tontonan dan boleh dijadikan iktibar. pejuang apakah aku ini.. aku berfikir kembali..aku sepatutnya berjuang dalam medan ilmu untuk mendekatkan diri dengan penciptaku.bukankah sekalian ilmu itu milik ALLAH ...ak insaf dan komited dan tanamkan iltizam untuk berusaha sehabis baik untuk menimba ilmu.aku tidak berjanji tetapi aku akan usaha sehabis baik ..inilah satu medan jihad yang aku boleh lakukan pada waktu ini selain jihad melawan nafsu yang bagi aku amat susah ditumpaskan ...dengan ibadah yang aku lakukan ini aku harap diterima oleh NYA supaya aku lebih dekat dengan NYA..kerana bagi aku ALLAH adalah tempat bergantung yang hakiki dan hanya DIA yang dapat membantu aku untuk melawan musuh seteru umat manusia ..dan sejenak aku berfikir apa lagi yang aku belum lakukan ...oleh itu ak terfikir ....

dah mintak maaf ke dengan semua sahabat2??

ALHAMDULLILAH dan INSYALLAH aku memaafkan apapun kesalahan yang kalian lakukan ...dan di sini dengan rase rendah diri aku ingin meminta seinfiniti kemaafan kepada sekalian sahabat2 sekalian sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita ..aku mendoakan kejayaan kalian tidak kira dimana kalian berada ....setelah aku rasa beban aku pikul agak ringan sedikit lalu aku fikir apa lagi tanggungjawabku..baru aku teringatkan sesuatu .

tanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara??

orang selalu berkata " jangan ditanya apa yang telah agama,bangsa dan negara sumbangkan kepada engkau tetapi tanyalah dirimu apa yang telah kau
sumbangkan kepada agama,bangsa dan negara" .lalu berfikir dan sedar bahawa agama,bangsa dan negara telah banyak berjasa kepada aku. Agamalah yang menjadi penyuluh aku daripada kejahilan.agamalah yang mengajar aku erti hidup.Agamalah yang mendekatkan aku dengan penciptaku.Negara tumpah darahku ini banyak sungguh berjasa kepada aku.aku sebagai rakyatnya dilimpah begitu bayak rahmat.negara ini aman dan damai.negara ini yang memberi tempat berlindung,membesar dan seterusnya negara ini yang memberikan aku kesempatan menimba ilmu.aku bangga menjadi anak bangsa Melayu ku ini.aku tidak malu .kerana melayu satu rumpun yang begitu kaya dengan warisan dan kempimpinan .tapi bagi aku ..aku belom lagi menyumbang kepada agama,bangsa dan negara tetapi aku yakin aku akan berusaha sehabis baik untuk memberikan yang terbaik untuk agama dan negara serta bangsaku .....


akhir kata

sekarang ini aku bukan budak belasan.kadang2 aku obses dengan umur aku..hehehe ..aku sekarang berpijak dibumi yang nyata..dengan umur yang meningkat ni .aku mengharapkan dapat tinggktkan ibadah.lunaskan tggungjawab sehabis baik sebagai student dan sehabis baik taat kepada ibu bapaku ..dan tidak lupa menambah kawan dan ilmu ..k selamat aku doakan kepada semua ..

4 ulasan:

Dzul Hadzwan Hj Husaini berkata...

bgs bkn ni. insaf2....

shah ez'ONE berkata...

mak sih ... hehehe ..copy n paste plak .. k

cucutokjanggut berkata...

お誕生日おめでとうございます
~ otanjoubi omedetou gozaimasu~

selamat menyambut hari lahir

shah ez'ONE berkata...

syukran hafizah ..