Rabu, Disember 10, 2008

Gunung Nuang berjaya ditawan





semuanya bermula lebih kurang 6 bulan lepas...ada seorang hamba ALLAH yang mencadangkan untuk menawan G.nuang.Aku pun sebenarnya tidaklah begitu excited kerana al-maklumlah aku kan sekarang bermastautin di Bumi Kenyalang.Tetapi untuk memeriahkan group ex-SAMTH di freindster,aku pun menyibukkan diri walhal aku belum pasti untuk menyertai misi yang mana bagi aku agak 'adventure' ... setelah berbincang dan berbincang tanggal 5.12.2008 dipilih menjadi tarikh ekspidisi ini.kebetulan lah pula hari lahir aku jatuh pada tanggal yang sama.aku berbelah bagi samada nak pergi ataupun tidak.secara kebetulan juga tahun lepas ketika umur aku menginjak ke 19 tahun aku jua berada di Cameron Highland.

Mungkin dah rezeki hendak ke tanah tinggi agaknya ..aku pun membuat keputusan untuk menyertai misi ini.walaupun aku sedar yang agak berisiko pada waktu-waktu hujan ini.aku pun menyiapkan segala kepeluan dibantu bonda tersayang.ibu bapaku sebenarnya agak berat untuk melepaskan pemergianku.tambahan pula pada tanggal hari lahirku..


Tanggal 5.12.2008


sampailah tarikh yang dinanti oleh aku.perasaanku memang semakin nervous.maklumlah ini kali pertama aku menaiki gunung nuang yang merupakan puncak tertinggi di negeri kelairanku,Selangor. Pagi itu,kira-kira pukul 8.00pagi aku telah bersiap sedia sambil membuat check up buat kali terakhir.takut-takut tertinggal.selepas itu aku pun pergi ke sekolah kesayanganku bersama mak dan ayah serta kawanku sejak sekolah rendah,Zaidi ... kiranya ada kawan la aku ke sana.pada waktu itu aku tidak tahu lagi siapa yang pergi.


setibanya aku di S.A.M.T.H .Ku lihat ada seorang dua yang sudah sampai.makin excited aku tengok kawan-kawan lama yang ada kat sana.setelah hampir sejam menunggu,berkumpullah semua peserta ekspidisi ini.suka aku nak menyenaraikan nama kawan2 untuk kenang-kenangan. mastermind ekspidisi ini ialah Jawe dan co dia adalah remy. selain itu yang menyertai ialah Wak Tong,Keyrol,Amar,Zaidi,Paan,Jemi,Fizriq,Maleng,Asyraf,Syabab,Eidil,Saufiy,Mut, Wan,Orang tua dan aku.Aku boleh katakan aku bangga dengan team ekspidisi ini.semua bekerjasama dan tidak bawa problem kepada ekspidisi ini .

perjalanan lebih kurang 1jam ke kaki G.nuang dari S.A.M.T.H .setibanya disana kami bersama-ama menunaikan solat fardhu jumaat.dan selepas itu kami ke kaki g.nuang. Disana kami menunggu kira-kira 1jam lagi menanti seorang lagi peserta ekspidisi yang tak sampai-sampai.akhirnya Mut sampai juga. seingat aku sebelum kami memulakan misi kami.kami ada membuat senaman ringan disusuli dengan bacaan doa oleh Syabab.kira-kira pukul 3 petang,maka misi menawan nuang pun bermulalah.Aku sungguh takjub dengan kehijauan hutan.terasa sungguh damai aku merasa.aku menang positif pada misi ini. ada juga yang pokok yang sebelum ini pernah aku lihat yang berada diluar negara.sungguh takjub.setelah merentasi jalan separa tanah merah aku terasa sudah keletihan.aku ingatkan aku seorang rupanya kawan2 aku pun begitu juga. selepas itu kami berpecah kepada tiga kumpulan kecil.yang agak cepat,medium dan geng rileks2.hehehe.aku mengikuti geng medium.memang penat kurasakan.

setelah lebih kurang 2jam perjalanan.kami tersekat2 mendaki.memang sgt letih.jangkaan untuk sampai lebih kurang 3-4 jam untuk ke Kem Lolo iaitu tempat yang bakal kami tujui.kami menjangkakan untuk sampai sebelum matahari terbenam.Alhamdullilah,kami tiba pada lebih kurang 7 malam.
setelah sampai.kami pun setup khemah dan kemas2 barang dansetelah sembahyang asar dan mandi.aku,jawe dan rakan2 lain bersama2 menyediakan santapan malam kami.semua kelihatan lapar dan tidak bertenaga.kami pun masak nasi.malangnya nasi yang aku dan jawe masak jelantah plak.menu malam itu kari ayam instant.memang lapar masa itu.walaupun nasi jelantah tapi semua pun makan walaupun tidak mengizinkan.ada yang masak maggi untuk menambah.al-maklumlah lelaki kan banyak makan.

selepas solat.kebanyakan kami pun tidur.malam tu memang sejuk.maklumlah lokasi khemah kami berdekatan air terjun.aku berstoking,sweater.mcm org eskimo.mmg sejuk.kaki ak rasa begitu sakit dan sempat berfikir akan perjalanan menuju ke puncak esok...


tanggal 6.12.2008

subuh dah kami dah bangun..memang sejuk.urat2 aku terasa tegang.memikirkan perjalan hari ini aku terus positif untuk menawan puncak.aku terus positifkan diri.semalam kami membawa beban yang agak berat.tapi pada hari ini kami bergilir membawa beg.kami terus mengharungi cerun demi cerun pada mulanya cerunnya agak ok lebih kurang 45-65 darjah.tetapi lama kelamaan ada cerun mencecah 9o darjah.memang kami semua optimis.setelah kami mendaki kira-kira 2 jam maka sampailah kami ke kem pacat.memang letih.aku ingatkan sudah sampai.malangnya tidak lagi.seperjalan aku aku digigit pacat buat kali pertama.pengalaman baru bagiku.


tibalah giliran aku memikul beban.memang terasa tidak mampu tapi aku gagahkan juga diriku.setelah lebih kurang 20minit perjalanan aku tersadung.lutut aku melecet.bukanlah aku mengada-ngada tapi memang merasakan aku tidakmampu membawa beban itu.eidil terus menawarkan diri membawa beban itu.selepas hampir 2 jam mendaki.akhirnya kami tiba dipuncak.aku berasa sangat gembira yang misi kami dianggap berjaya.kabus tebal menelubungi diatas puncak itu.ada kawan jawe memberi sandwich,air dan maggi .mereka memang sudah lame berpengalaman mendaki.tidak hairanlah mereka tidak kelihatan seperti kami yang tercungap2.kami agak lama di atas puncak .lebih kurang 1 jam lebih. agak sejuk diatas sehinggakan berasap2 la bila bercakap. tiba masa kami menuruni bukit yang sememangnya mencabar. ak terasa urat-urat dikakiku sudah bengkak2 agaknya.ade sesekali terfikir alangkah bagusnya kalau ada skateboard,dengan pastinya ingin aku meluncur laju kebawah.tapi,itu sememangnya amatlah mustahil.setelah 2 jam menuruni cerun2 yang mencabar itu kami pun sampai di kem pacat semula.. waktu itu bagiku,sudah abis tenaga rasa diriku.tapi apa yang penting detik ini adalah untuk sampai ke kem lolo,tempat kami semua menginap.Pada waktu itu,amar pass beg kepadaku.memanglah aku tidak dapat menolak,tapi memang dah tidak rasanya namun aku gagahkan juga dengan semangat.

cerun demi cerun aku turuni .merangkak,membongkok dan macam2 cara lagi aku turutkan untuk menuruni ceun yang memang licin dan agak berdenai.dalam perjalanan aku minta berhenti kepada amar dan asyraf(abg jawe).aku terasa geli2 di tapak kaki aku.setelah aku selidik rupanya ada pacat.puas dia menhisap darah kotorku.pacat itu mati.dan kami pun meneruskan perjalanan.setelah 2 jam perjalanan kami pun sampai ke kem.(kalau diingatkan kembali filem anacondas 2 memang gerun aku mengharungi hutan yang tenang persis dalam filem yang disunting di borneo itu)

setelah sampai,kami pun bermandi-manda membersihkan badan.rasanya cukup berbaloi perjalan mendaki dan menuruni tadi.penat hilang bilamana mendapat air terjun yang segar.sesudah mandi kami pun solat.memang perut terasa agak lapar.lalu kami semua pun masak maggi.
selepas makan, sebahagian daripada kami menghala ke khemah masing-masing. aku,amar,remy, maleng,kerol,waktong dan zaidi tidak masuk tidur.kami berborak2.maklumlah bukannya selalu kami dapat peluang bergini.topik kami tertumpu ekspidisi tadi dan bual2 kosong. tiba2 aku terasa mcm ada yang tidak kena di bahagian belakang aku.rupanya aku kena pacat lagi.memang geram aku dibuatnya.lepas aku bersihkan darah,aku terus masuk tidur seperti malam tadi dengan berbungkus.memang enak rasanya apabila membaingkan badan .memang terasa letihnya.tidak lama aku melelapkan mata.

tanggal 7.12.2008

tiba-tiba aku terdengar titis air membasai khemah kami.rupanaya hujan renyai2 .lalu aku binkas bangun dan ambil wudu'.memang segar dan terasa nikmat sangat.al-maklumlah air mineral fresh2 aku minum.lalu aku menunaikan solat subuh.selepas itu kami berkemas2 untuk bergegas pulang.kami pun berangkat pulang.
setelah hampir 2jam menuruni dan mendaki ..kami pun sampai dikaki gunung.

setelah itu kami pun mengambil kesempatan mandi-manda untuk membersihkan diri masing2.kemudian kami menunggu bas untuk pulang ...
bagi aku pengalaman ini sangat bernilai.mencuba sesuatu yang baru.dan aku boleh katakan yang aku sangat berbangga dengan team ekspidisi ini.terima kasih kepada 17 rakan yang ikut serta. terutama jawe dan remy yang bertungkus lumus untuk menjayakan ekspidisi ini.sampai ketemu lagi di lain masa.

aku titipkan beberapa gambar untuk tatapan kalian





Tiada ulasan: