Rabu, Februari 24, 2010

Rasullulah S.A.W

esok adalah tanggal kelahiran manusia paling mulia dan murapakan model terunggul bagi umat manusia iaitu Rasullulah S.A.W . Walaupun sudah hampir 1400tahun ditinggalkan baginda tetapi kerana bagindalah kita semua mendapat nikmat terbesar dalam hidup ini iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Kasihnya Baginda kepada umatnya tidak terhitung, bahkan baginda menitipkan mukjizat terbesar yang diperoleh baginda iaitu Al-Quran. Keperibadian dan akhlak baginda tiada tolok bandingannya untuk dirujuk dan disemai dalam kehidupan seharian kita. Cantiknya sifat dan akhlak seorang pemimpin, seorang pejuang kalimah tauhid, seorang manusia hebat bernama Muhammad. Dirimu kurindui ya Rasullulah, walaupun tidak bersua tetapi titipan hadithmu dan ilmumu cukup untukku merasa bangga menjadi umat kepada manusia agung sepertimu ya Rasullulah.Dan insyALLAH kau jugalah yang akan memberi syafaat kepadaku dan umatmu sekalianya.Aku merinduimu..

Muhammad...
Kau pembawa cahaya ke seluruh alam
Kaulah yang membawa nikmat IMAN dan ISLAM
Quran dan Sunnahmu kami jadikan rujukan
Akhlak dan keperibadianmu kami jadikan ikutan

Kehadiranmu pemusnah jahiliah
Kehadiranmu penerang umat manusia
Kehadiranmu membawa kalimah tauhid
Kehadiranmu membawa hak dan batil
Kehadiranmu sunnguh mulia

Pemergianmu tidak ditinggalkan kosong
Pemergianmu meniggalkan Quran dan Sunnah
Pemergianmu amat dirindui
Hanya salawat penghubung kasih
Kasih umat kepada Rasul junjungan

Rasul junjungan ..
Sunnahmu jadi amalan
pekertimu jadi ikutan
kesahmu jadi panduan
supaya hidup penuh keberkatan
moga ALLAH sentiasa mengampunkan
atas dosa yang kami acap lakukan
kerana itulah Muhammad sebagai utusan
utusan yang sentiasa mengarjarkan
beda antara kebaikan dan kemungkaran
sesungguhnya Rasulluah yang sentiasa kami rindukan ..

p/s : selamat menyambut maulid rasul, supaya hari kita esok tidak diisi dengan cuti sahaja. isilah dengan aktiviti yang boleh menambahkan cinta kita kepada Rasullulah dan setidak-tidaknya bersalawat sebanyak mungkin, insyALLAH kita akan diberi syafaat kelak. mohon maaf atas segala kekurangan entri dan kalau ada kesalah penulisan diatas mohon ditegur. syukran jazeelan

Ahad, Februari 14, 2010

cerpen

sendiri aku rasa sepi
sendiri aku rasa kosong
sendiri aku rasa benci
tapi aku sempat terfikir dan
kembali menyerah diri
rupanya ALLAH sentiasa bersamaku ..

sepi itu mengajar kita
sepi itu mainan masa
sepi itu adalah sementara ..
kerana aku tidak lagi sepi kerana
kehangatan cinta ALLAH dan keluargaku ..

cinta itu tidak dapat dilihat
tapi cinta itu dapat dirasa
walaupun tidak ada depan mata
cinta itu seolah hidup dan bernyawa
kerana cintaNYA aku menikmati sepi
kerana sepi aku bergantung kepadaNYA
kalau tidak kerana sepi
aku termakan sibuk duniawi
terima kasih sepi
dan sendiri itu adalah guru masa
kepada hamba seperti aku


shah ezwan 7:05ptg UNIMAS