Ahad, Disember 21, 2008

Sebelum sejadah di bentang

Malam tadi ketika aku membelek-membelek laptop aku, jam tepat pada pukul 10 malam(di Malaysia).seperti biasa pada hari sabtu aku akan menghabiskan waktu dengan menonton drama melayu di TV3.Drama yang biasa ditayangkan bagiku amatlah mudah aku buat kesimpulan walaupun pada awal cerita.monolog yang selalu bermain dalam hatiku mesti hero dan heroin akan bersatu.

Tetapi malam tadi agak lain ceritanya.melihat tajuk drama yang tersiar di skrin TV iaitu ‘Sebelum sejadah di bentang ‘.aku merasa agak tertarik degan tajuk drama ini.Drama yang berkisar tentang seorang budak bernama Aiman(persis nama anak buahku) yang berumur lingkungan 10-12 tahun,yang yatim tinggal bersama ibunya yang sangat sibuk denga urusan dunia tetapi ibuya amat menerapkan ilmu agama kepada anakya itu.

Aiman acapkali diingatkan oleh ibunya akan memelihara solat(teringat aku betapa liatnya waktu aku kecik2 dulu untuk solat,mesti dipanggil mak barulah solat).tapi aiman seorang anak soleh yang patuh akan suruhan ibuya.(secara ringkas)pada suatu hari ibu aiman terpaksa ke Langkawi atas urusan kerja.kali ini ibunya menghantar aiman kepada Pak Usunya yang berumur lingkungan awal 30-an.Pada ketika ibuya pergi sempat ibunya pesan ke aiman supaya mejaga solat.dan sempat berkata kepada adiknya bahawa aiman akan merubah hidupnnya.pada waktu itu pak usu aiman terpinga2 akan kata2 kakaknya.dengan takdir ALLAH ibu aiman mati dalam kecelakaan.

Kini aiman dipertanggugjawabkan kepada Pak Usuya yang merupakan satu2 nya waris terdekat aiman.Walaupun sedih dan pilu aiman teguh dengan ketentuan Ilahi.Apa yang diajar ibunya memang berkesan ke dalam jiwa anak kecil ini.dia meneruskan kewajipannya walaupun dia masih kecil.tetapi agak betentangan dengan Pak usunya yang sudah lari jauh dari ajaran Islam.pak suya sering ditegur aiman supaya solat.Pak Usunya tidak marah kepada aiman tetapi agak kekok walhal dia dah berumur pun tidak solat.

Lalu pada suatu ketika dialog ini muncul dari mulut Pak Usu aiman,


“sudah lama sejadah ini tak aku bentangkan(sambil memegang sejadah),agakya masih ingatkah aku arah kiblat,dan aku sembahyang ni kerana aiman ke”


Dalam perjalanan drama,terpancul pula dialog yang diucap oleh aiman kepada pak usunya

“Aiman dah susunkan cd pak su dan cd yang lain tu aiman dah letak kat bilik pak su,aiman tak tengok pon cd pak su tu”


Dengan agak terkejut,pak su melihat cdynya(termasuk cd blue) yang sebelum ini berselerak telah disusun oleh aiman.rasa segan dan malu kepada aiman pun ada pada ketika itu.

Kehidupan mereka semakin akrab hari ke hati,kini pak su aiman dah solat dan mereka selalu berjemaah.pergi ke kelab2 malam sudah lama pak sunya tinggalakn.baru pak sunya sedar akan kata2 kakaknya dulu yang aiman bakal merubah hidupnya.bagi aku endingnya agak sedih sedikit tatkala pak su aiman yang dah berubah dan sangat menyayangi aiman,Allah telah mengambil aiman daripada pak usunya.(memang menyayat hati apabila aiman dilaggar kereta depan pak sunya sendiri).

p/s : bagi aku drama ini sungguh bererti,mesejnya sampai kepada penonton(aku).Bagi aku Allah telah menghantar insan kecil bernama aiman kepada pak sunya bagi membawa kembali paksunya ke jalan yang benar.hidayah Allah sahaja yang mampu mengubah seseorang dari kesesasatan.harap pembaca2 entri ini dapat sedikit pengajaran setidak2nya …(sokonglah drama kita)

Tiada ulasan: