Khamis, Disember 04, 2008

oh BANGSAKU

"15. Bagi mereka ini generasi akan datang akan kutuk mereka apabila orang Melayu di Malaysia sudah jadi seperti orang Melayu di Singapura di mana mereka menjadi "hamba" kepada kaum-kaum lain. Inilah nasib yang menunggu orang Melayu kerana lebih sedia disogok daripada mempertahan dan memelihara kuasa bangsa "

petikan dari http://test.chedet.com/che_det/

sejenak aku berfikir, apa akan terjadi nasib bangsaku akan datang , bertanyaku kepada diri... tidak boleh menjawab aku soalan itu dan mengeleng aku tanda aku kurang yakin .. kerana fenomena politik sekarang membuatku risau apa yang akan terjadi .adakah ia akan berlaku seperti apa yang dikatakan dalam coretan DR. Mahathir dalam petikan diatas .(Dr. Mahathir merupakan tokoh pemimpin yang aku sanjungi) .


sekarang ini,kaum non-bumi sudah tidak segan silu untuk mengguris hati melayu dan sentiasa mempersoalkan hak kaum melayu itu sendiri .mereka sewenang-wenangnya melontar setajam-tajam pendapat yang kadangkala membuatkan aku sendiri merasa geram dan marah .manakan tidak ..ini kan malaysia,darah tumpah aku .nenek moyang dan mungkin memang keturunanku dari tanah yang aku diami sekarang. bagi aku orang melayu memeng layak mendapat hak-hak istemewa kerana mereka penduduk hakiki wilayah yang bernama Malaysia ini...bagi mereka non-bumi .aku boleh katakan mereka hanya orang asing yang datang ke negara ini untuk mendapatkan rezeki .. disini aku ingin mengambil contoh .buruh asing ..mereka dibawa ke Malaysia untuk bekerja,layakkah mereka untuk mendapat keistemewaan seperti kemudahan pembelajaran,penemptan,dan terbaru harga minyak yang murah dari negara ini .layakkah mereka mendapat semua itu ..mesti kita merasa bahawa tidak layak.dan tidak mustahil satu hari nanti anak buruh asing ini menjadi seorang menteri.kes dan fakta yang aku bawakan samalah seperti non-bumi di negara ini. mereka hanyalah pekerja asing di negara ini suatu ketika dahulu dan hakikat itu tidak boleh diubah... maka orang melayu memang layak mendapat hak-hak mereka .kerana ini negara mereka yang punya


non-bumi patut bersyukur kerana mereka beruntung.mereka mendapat pelbagai kemudahan sama seperti orang orang melayu juga .apa yang mereka tidak puas hati sebenarnya. adakah kerana orang melayu menjadi tuan mereka (sultan & raja). kalau macam tu cabar sahajalah kuasa raja-raja kalau mereka tidak puas hati sangat . kalau diikutkan nasib non-bumi dan orang melayu di Singapura,jauh lebih baik . Orang muslim dinegara Singapura tidak dapat mendapat mendengar laungan azan .. Apakah azan itu suatu pencemaran..nmpk sangat tiada kebebasan dan berlaku penindasan disitu .tidak macam orang non-muslim di Malaysia ,mereka boleh sesuka hati turutkan tuntutan agama mereka.berapa banyak kuil,tokong dan church di Malaysia ..kalau lah kerajaan itu tidak adil sudah lama tiada rumah-rumah ibadat non-muslim di Malaysia ..tidak lagi disebut dengan kemudahan pendidikan .pemilikan ekuiti dan sebagainya.Apalagi yang mereka tidak puas hati.


cuba mereka bayangkan kehidupan mereka dinegara asal mereka ..mesti tidak sanggup untuk mereka kembali dan hidup di negara asal mereka ..itu bermakna Malaysia telah memberi lipah ruah kehidupan yang selesa kepada mereka .. ekonomi Malaysia pun dipegang dengan non-bumi ..tp ada bumi buat protes ..ialah ini kan negara mereka, mereka kan majority ... cuba kita fikirkan bersama


wahai bangsaku ... jangan kamu lupa ..tiada jaminan yang keturunanmu akan terus menjadi tuan dibumi sendiri.ayuh bergerak dan bergegaslah kehadapan dan rampas dan ragut sebarang peluang supaya kita akan terus berdiri dan sentiasa gah dibumi kita sendiri ini...ingatlah bangsa lain sentiasa memandang iri kepada kita ..kita perlu bangun ..elakkan perpecahan ini ... kerana aku takut akan berlaku perpecahan yang dahsyat ..


aku bukan takut dengan bayang-bayang sendiri ..tetapi aku tidak mahu apa yang DR. Mahathir katakan ...kita akan menjadi hamba kepada bangsa lain .ibarat kita dijajah semula .. renung-renungkan ...


nukilan aku ini hanyalah luah rasaku terhadap bangsaku ...bagi aku bangsaku semakin tertinggal dah akan terus ketinggalan ....kembalilah berjuang ...elakkanlah perpecahan ..

Tiada ulasan: