Isnin, Oktober 26, 2009

ilmu vs peperiksaan(imtihan)

Assalamualaikum ..

entri kali ini suka ingin aku kongsikan Ilmu yg aku dapat sebentar tadi, dalam sesi ceramah di Masjid Unimas yg bertajuk Ilmu vs Imtihan ..Ustaz yg memberikan ceramah cukup energetic sehinggakan aku menumpu sepenuh perhatian kepada ilmu yang disampaikan tadi..

Beliau yang berlajar di Indonesia masih tidak hilang longhatnya, sungguh sedap didengar setiap falsafah2 baru aku dengar ..beliau berkata yang ilmu itu adalah harta yang paling bernilai didunia ini ..ilmu adalah sesuatu yang dimiliki dengan usaha dan ikhlas tetapi untuk mengesahan dan keberkesan itu melalui imtihan ..tp bagi ustaz tadi ilmu itu perlu disimpan diminda, disyariatkan didalam hati dan dipraktikan dgn amalan ...

disini terdapat beberapa ungkapan yang menarik sempat aku ingatkan ;

org yang berilmu yang beramal adalah lebih dari ahli ibadat yang tidak berilmu , dan ALLAH mengangkat darjat yang tiggi bagi org yang menunutut ilmu

kita sepatutnya menjadi org yang diakui daripada mengaku diri ...

manusia ada 3 golongan
1) org yang kedatangannya dinanti-nanti, dan pemergiannya diratapi
2) org yang kedatangannya dan kepulangannya tidak perkatakan
3) org yang kedatangannya tidak disenangi dan pemergiannya dihina ...

kita jangan membesarkan org besar tapi membesarkan program yang besar ..

jangan mengakui diri saja yang benar tapi carilah kebenaran ...

gunakan ilmu untuk mentauhidkan ALLAH bukan mggunakan Ilmu untuk mensyirikkan ALLAH ....

InsyALLAH harap entri kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat ...

4 ulasan:

Hanisah Safian berkata...

salam ziarah..
saya setuju!! ;D

shah ez'ONE berkata...

salam ...selamat dtg ke teratak yg tidak seberapa ini ...terima kasih ..jemput la selalu berziarah ...

cik santun berkata...

ya, lagi best kalau tajuknya adalah ilmu vs alamat.. alamat adalah markah..

shah ez'ONE berkata...

syukran atas komen cik santun dan atas ziarah cik santun ...tp saya nk skopkan imtihan dan ilmu ...dimana- dimana2 pusat pengajian priority adalah imtihan secara physically..markah adalah termasuk dalam imtihan ..