Khamis, Oktober 22, 2009

dalam mengejar cita bertemu cinta

Assalamualaikum ...

pertamanya selepas hampir 8 bulan meninggalkan blog ini aku terpanggil untuk kembali mencoretkan nukilan yang dulunya pernah membuat aku gairah ...biasalah manusia selepas apa yang dikecapinya lalu mudah melupakanya ...aku minta maaf atas kekosongan entry ini ...

malam tadi aku berkesempatan menghadiri ceramah di DK CTF,UNIMAS ...tajuknya agak menarik dan berjaya menarik aku untuk menghadirkan diri iaitu " dalam mengejar cita bertemu cinta "

panel-panel yg hadir tidak kurang hebatnya iaitu seorang pelajar Masters yg sudah berkahwin pada tahun ke2 semasa mengambil degree,seorg ustaz sekolah rendah dan seorang socialist yang cukup kaya dengan pengalaman. banyak sunnguh aku yang ak pelajari malam tadi dan ingin aku kongsikan bersama ..

cinta dan cita adala perkara yang amat berbeda tetapi ia perlu seiring untuk mendapatkan kedua2nya ...dalam mencari ilmu kita perlu tahu apa tujuan kita untuk menimba ilmu ...kita mencari ilmu adalah untuk lebih mengenal sang pencipta kita iaitu ALLAH ..iaitu cinta SUPREME bak kata salah seorg ahli panel ..sedang untuk mengenal manusia pun kita perlu ilmu inikan pula mengenal Tuhan Yang Maha Agung ...

satu patah rangkap tentang cinta yang suka saya kongsikan bersama diambil oleh ahli panel dipetik dari sebuah buku berbunyi

cinta itu ibarat sesuatu dalam bungkusan,ia ada tetapi tidak dapat dilihat,dalam sudut agama pula ia adalah bersifat malu-malu


lg satu ucapan yang suka aku sampaikan

kenapa kita suka buat larangan ALLAH sedangkan banyak benda yang ALLAH tak larang kita tak nak buat


secara konklusinya cinta dan cita boleh seiringan tetapi ia perlu disulami dengan batasan syariat..

Tiada ulasan: