Sabtu, November 21, 2009

Lambaian Haji

Assalamualaikum ...

Malam tadi aku menghantar mak dan ayah aku ke kelana jaya di kompleks tabung haji. mereka berdua begitu betuah telah dijemput oleh ALLAH untuk menjadi tetamuNya pada tahun ini.ALHAMDULLILAH.perasaan sedih dan gembira brcampur baur dengan keberangkatan 2 insan yang paling aku sayang ini.waktu di rumah lagi aku telah menitiskan air mata tatkala azan dilaungkan,sungguh syahdu..jiran tetangga,sahabat handai serta sanak saudara memenuhi ruang rumah aku.sungguh syahdu.

walaupun ini ayah dan mak sudah ke umrah tetapi perasaan kali ini sangat berbeza..tatkala mak menyerahkan surat wasiat kepada ibu saudara bertambah berjurai2 air mata aku...tak boleh aku bayangkan.

setiba di kelana jaya kami bersama menyiapkan segala kelengkapan mak dan ayah supaya tidak ada barang yang tinggal.mereka akan pergi meniggalkan kami untuk tempoh 40hari.cuti kali agak berbezala bg aku kerana ketiadaan dua org tuaku.agak sunyila jugak tapi aku merelakan kerana mereka pergi kerana tuntutan agama.

aku hanya mampu berdoa supaya ALLAH mempermudahkan segala urusan,perjalan dan diberi sepenuh kesihatan bagi mereka supaya mereka boleh menunaikan fardhu haji dengan sempurna dan semoga mereka berdua mendapat haji yang mabrur.

insyALLAH aku pun akan mengikut jejak langkah mak dan ayah untuk menunaikan fardhu haji..semoga ALLAH memberikan kesempatan kepada aku sebelum aku menutup mata..

Tiada ulasan: